Tidak dinafikan pemasangan filem penapis haba (tinted) yang
berfungsi menapis suhu panas dari panahan matahari bagi keselesaan penumpang
dalam kenderaan antara aksesori yang kian mendapat sambutan dari pengguna masa
kini.
Bagaimanapun, ramai yang salah faham mengenai filem penapis
haba. Anggapan biasa menyatakan bahawa penapis yang lebih gelap adalah lebih
baik mengurangkan pancaran haba. Ini SATU SALAH FAHAM YANG BESAR kerana filem
penapis yang sebenarnya tidak berfungsi sebegini. Ia hanya akan menapis 2
perkara iaitu:
1.Cahaya ultra-violet
2.Haba panas
Ia tidak akan menghalang cahaya lain atau memberi kesan
kepada penglihatan!
Sekiranya filem yang anda guna menyebabkan penglihatan anda
terbatas terutama pada waktu malam, ada yang tidak kena dengan filem itu. Ada
kebarangkalian filem penapis haba yang sebegini memang tidak elok digunakan dan
berbahaya! Bagi mengelakkan setuasi sebegini, adalah penting bagi pengguna
untuk mengetahui latar belakang produk yang bakal dipasangkan pada kenderaan
mereka.
Satu lagi ciri-ciri filem penapis yang baik dan berkesan
adalah ia akan mengurangkan silau dari lampu kenderaan lain tanpa mengganggu
penglihatan. Ini amat berguna bagi tujuan pemanduan di waktu malam. Ketelusan
cahaya sama jelas, tetapi silauan dapat dikurangkan!
Pengguna perlu berhati-hati kerana tidak semua filem solar
penahan haba di pasaran berkualiti serta menepati syarat yang ditetapkan pihak
berkuasa. Kebanyakan pengguna tidak tahu bagaimana sukatan yang betul untuk
filem penapis haba kenderaan mereka.
Rata-rata hanya mahu cermin gelap dan kurang haba dalam
kereta. Sebetulnya, setiap cermin yang dipasangkan filem harus menepati
peraturan.
Cermin depan harus mempunyai penembusan cahaya
sekurang-kurangnya 70% manakala cermin belakang dan sisi pula 50% ketelusan
cahaya.
Jika ini gagal dipatuhi, kompoun RM300 mungkin dikenakan
kepada pemilik kenderaan terbabit jika dikesan pihak berkuasa. Bagi memastikan
kenderaan anda mematuhi semua peraturan ini, ujian yang dikenali sebagai kadar
peratusan VLT ataupun ketelusan cahaya boleh dijalankan ke atas setiap cermin
kenderaan.
Ini akan memastikan anda terkecuali daripada sebarang
tindakan undang-undang. Sebaiknya, sebelum membuat keputusan untuk memasang
filem terbabit, eloklah pengguna mengenal pasti terlebih dulu produk-produk
yang menepati peraturan JPJ.
Pengguna juga perlu bijak menilai pakej ditawarkan kerana
ada yang tidak sesuai dipasang pada cermin kenderaan malah mungkin dikenakan
tindakan kerana menyalahi undang-undang!
No comments:
Post a Comment