Our location

Our location
Cari kami di sini

Saturday, October 6, 2012

Antara minyak pelincir yang kami sediakan



Jenama PENNZOIL dengan harga yang menarik

Volkswagen Golf GTI Mk7 Production Pictures

from:http://www.dsf.my/profiles/blogs/volkswagen-golf-gti-mk7-production-pictures

This is what the all new Volkswagen Golf MK7 GTI will look like. It will come with the well known honeycomb grille featuring red and black colours, with a new front bumper, new side sills, a new rear roof spoiler and a redesigned rear apron with integrated air diffuser and exhaust system.  This new GTI will also carry a brand new set of alloy wheels.

Under the hood, you will find the 2.0-liter TSI engine delivering a more powerful 220 hp





Apa Yang Harus Diketahui Tentang Minyak Enjin



Ramai diantara kita suka memandu. Tetapi tidak ramai pula yang mengambil berat dalam memilih minyak pelincir bagi keretanya. Sedangkan, jika anda merenung sejenak, enjin ialah jantung kereta dan ia hanya dapat memberikan prestasi dan ketahanan yang anda harapkan sekiranya dijaga dengan baik. Faktor utama dalam menjaga enjin supaya ia sentiasa elok ialah pemilihan minyak enjin yang bermutu. Hanya minyak yang bermutu dapat membantu anda mencapai itu semua.
Pelinciran yang kerap:
Minyak pelincir mengalir turun ke takungan di bahagian bawah enjin apabila kereta tidak digunakan pada sebelah malam. Penurunan suhu juga akan menebalkan minyak itu. Ini bermakna minyak perlulah menjadi cukup cair untuk mengalir ke bebola (bearings) sebaik sahaja enjin dihidupkan pada waktu pagi. Tetapi, apabila suhu enjin meningkat kerana kereta laju, minyak pelincir mestilah cukup kukuh untuk menjadikan dirinya sebagai selaput untuk melindungi karburetor, tuil injap, lengan hayun dan hujung injap.

Anda memerlukan minyak pelincir yang seimbang dan mempunyai campuran bergetah yang betul untuk menjaga pelinciran enjin dalam keadaan yang terlampau panas dan sejuk. Pennzoil ialah minyak yang dicipta khusus untuk mempastikan pelinciran berlaku cepat apabila enjin dihidupkan daripada keadaan yang sejuk atau ketika suhu tinggi kerana perjalanan yang jauh atau kerana perjalanan dibandar yang tidak menentu kelajuannya.
Perlindungan daripada asid yang menghakis:
Wap dan gas dihasilkan apabila petrol atau bahan api dibakar. Apabila enjin yang panas menjadi sejuk, sebahagian dari wap itu menjadi tebal dan campur dengan gas untuk menjadi asid yang menghakis di sekeliling lingkaran (enjin), selinder, dan piston. Ini mengakibatkan bahagian-bahagian itu terhakis atau berkarat. Kejadian ini bagaimanapun dapat dikurangkan sekiranya ada pelinciran yang kerap.
Menjaga kebersihan enjin selalu:
Pembakaran petrol atau bahan api juga menghasilkan enapan jelaga dan karbon. Minyak pelincir yang baik akan mengapungkan bahan-bahan sampingan itu supaya tidak terkumpul di bahagian sekeliling ruang pembakaran sehingga menganggu penyalaan enjin, perjalanan yang menyulitkan dan akhirnya kehilangan kuasa. Ia lebih efektif untuk dibuang dengan menggunakan D’Carbo2.
Apabila minyak enjin kereta anda ditukar pada lain kali, harap perhatikan warna minyak enjin yang ditukarkan dari ruang bawah enjin. Minyak pelincir yang baik akan mengalir keluar dari enjin dengan warna hitam legam kerana ia mengandungi partikel yang dilekangkan dari tepi-tepi ruang pembakaran dan yang akan dikeluarkan dari enjin apabila minyak enjin ditukar.
Sekiranya minyak pelincir yang mengalir keluar dari enjin itu bersih, ini bermakna kotoran sudah tertinggal di dalam enjin. Selepas suatu tempoh yang panjang, bahan-bahan yang tertinggal itu akan menghakis bahagian enjin.
Apabila ini berlaku, mintalah mekanik anda supaya memasukkan pennzoil ke dalam enjin. Kemudian anda saksikan warnanya apabila ditukar nanti. Anda akan mendapati warnanya hitam kerana minyak itu dapat membersihkan bahagian-bahagian yang dilekati bahan-bahan berkenaan. Pembersihan ini hanya dapat dilakukan oleh minyak yang bermutu.

Pakej Service kereta

pakej service rm135, penzoil semi synthetic, oil filter, battery water dan upah? amat berbaloiii


Monday, October 1, 2012

Kesesuaian Penapis Haba (Tinted)


Tidak dinafikan pemasangan filem penapis haba (tinted) yang berfungsi menapis suhu panas dari panahan matahari bagi keselesaan penumpang dalam kenderaan antara aksesori yang kian mendapat sambutan dari pengguna masa kini.
Bagaimanapun, ramai yang salah faham mengenai filem penapis haba. Anggapan biasa menyatakan bahawa penapis yang lebih gelap adalah lebih baik mengurangkan pancaran haba. Ini SATU SALAH FAHAM YANG BESAR kerana filem penapis yang sebenarnya tidak berfungsi sebegini. Ia hanya akan menapis 2 perkara iaitu:
1.Cahaya ultra-violet
2.Haba panas
Ia tidak akan menghalang cahaya lain atau memberi kesan kepada penglihatan!

Sekiranya filem yang anda guna menyebabkan penglihatan anda terbatas terutama pada waktu malam, ada yang tidak kena dengan filem itu. Ada kebarangkalian filem penapis haba yang sebegini memang tidak elok digunakan dan berbahaya! Bagi mengelakkan setuasi sebegini, adalah penting bagi pengguna untuk mengetahui latar belakang produk yang bakal dipasangkan pada kenderaan mereka.
Satu lagi ciri-ciri filem penapis yang baik dan berkesan adalah ia akan mengurangkan silau dari lampu kenderaan lain tanpa mengganggu penglihatan. Ini amat berguna bagi tujuan pemanduan di waktu malam. Ketelusan cahaya sama jelas, tetapi silauan dapat dikurangkan!
Pengguna perlu berhati-hati kerana tidak semua filem solar penahan haba di pasaran berkualiti serta menepati syarat yang ditetapkan pihak berkuasa. Kebanyakan pengguna tidak tahu bagaimana sukatan yang betul untuk filem penapis haba kenderaan mereka.

Rata-rata hanya mahu cermin gelap dan kurang haba dalam kereta. Sebetulnya, setiap cermin yang dipasangkan filem harus menepati peraturan.

Cermin depan harus mempunyai penembusan cahaya sekurang-kurangnya 70% manakala cermin belakang dan sisi pula 50% ketelusan cahaya.

Jika ini gagal dipatuhi, kompoun RM300 mungkin dikenakan kepada pemilik kenderaan terbabit jika dikesan pihak berkuasa. Bagi memastikan kenderaan anda mematuhi semua peraturan ini, ujian yang dikenali sebagai kadar peratusan VLT ataupun ketelusan cahaya boleh dijalankan ke atas setiap cermin kenderaan.
Ini akan memastikan anda terkecuali daripada sebarang tindakan undang-undang. Sebaiknya, sebelum membuat keputusan untuk memasang filem terbabit, eloklah pengguna mengenal pasti terlebih dulu produk-produk yang menepati peraturan JPJ.

Pengguna juga perlu bijak menilai pakej ditawarkan kerana ada yang tidak sesuai dipasang pada cermin kenderaan malah mungkin dikenakan tindakan kerana menyalahi undang-undang!

10 Punca Enjin Jadi Panas


dari: http://www.jagakereta.com/info-penjagaan-kenderaan/penjagaan-enjin-kereta/10-punca-enjin-jadi-panas.html



Apabila anda melihat kereta berasap atau terbakar di tepi jalan, tentu ada sesuatu yang tidak kena pada enjin kereta berkenaan. Antara puncanya ialah:

1.Kekurangan air dalam radiator yang menyebabkan enjin panas
2.Paip radiator tersumbat
3.Kekotoran pada sirip radiator
4.Kerosakan pada kipas dan termostat sistem penyejuk
5.Sistem penyalaan kurang tepat
6.Kerosakan pada sistem saluran petrol
7.Ekzos tersumbat
8.Masalah cekam
9.Brek bergesel
10.Dan cara pengendalian kenderaan yang kurang baik turut menyebabkan enjin menjadi panas.
Enjin yang terlalu panas boleh mengundang bahaya sekiranya lewat bertindak kerana ia boleh menyebabkan kenderaan anda berasap, terbakar dan seterusnya meletup.


Apabila enjin kereta anda terlalu panas, berhentilah di tepi jalan dengan tempat teduh. Anda tidak harus panik, sebaliknya memberhentikan kereta dan cuba lakukan pemeriksaan sendiri terlebih dulu.

Langkah Pertama:

Tanpa mematikan enjin kereta, buka bonet kenderaan untuk menyejukkan enjin sementara waktu dan periksa salah satu daripada punca yang dinyatakan tadi. Selepas itu, periksa radiator kenderaan untuk memastikan tidak berlaku kebocoran di bahagian itu.

Langkah Kedua:

Selepas itu periksa tali kipas. Sekiranya ada kebocoran pada radiator atau tali kipas terputus, matikan enjin. Jika tiada kebocoran pada radiator dan tali kipas masih elok, hidupkan enjin kenderaan dan jalankannya seketika pada putaran yang lebih tinggi daripada biasa.

Langkah itu adalah untuk membolehkan udara mengalir melalui sirip-sirip radiator dengan jumlah yang banyak. Air dalam radiator itu akan menjadi sejuk dan pam air akan bekerja lebih cepat sehingga air penyejuk dapat dialirkan dengan lebih baik.

Langkah Ketiga:

Tidak lama selepas itu suhu enjin akan menurun. Kemudian turunkan putaran enjin tadi dan buka penutup radiator. Penutup itu perlu dibuka secara berhati-hati untuk mengelakkan bahaya semburan air dan wap panas yang keluar daripada radiator.

Langkah Keempat:

Isikan air ke dalam radiator secara perlahan sementara enjin masih dalam keadaan biasa dan matikan enjin sekiranya sudah menjadi sejuk. Sekiranya air terlalu sedikit dalam radiator, ia akan menyebabkan enjin menjadi panas dan wap akan keluar daripada radiator berkenaan. Dalam keadaan itu, matikan enjin dengan segera dan periksa radiator.
Untuk memeriksa radiator, anda boleh ikuti langkah ini:

Pertamanya, buka tutup radiator dulu dan ketukannya menggunakan belakang pemutar skru dan putar perlahan menggunakan kain.

Pegang tutup dengan kemas sehingga wap dalam radiator dapat mengalir keluar dan tekanan dalam radiator menjadi rendah. Selepas itu barulah penutupnya dilepaskan. Sekiranya, ada kebocoran pada radiator terutama pada bahagian sambungan atau saluran paipnya, hidupkan enjin pada putaran yang lebih tinggi daripada biasa serta periksa tempat sambungan itu.

Keadaan itu penting kerana ada sesetengah kebocoran tidak dapat dilihat pada putaran enjin yang rendah. Sekiranya ada kebocoran, ketatkan skru pengikat dan jika gelung pengikat rosak, gunakan kawat sebagai ganti. Jika ada kebocoran, balut bahagian yang rosak dengan pita pelekat dan perkuatkan dengan kawat. Anda perlu ingat pembaikan itu hanya untuk sementara waktu sebelum kenderaan dibawa ke bengkel berhampiran.

Paip radiator yang tersumbat berpunca daripada kerak atau karat akan mengganggu kitaran air atau menyebabkannya terhenti walaupun ada banyak air. Keadaan itu boleh diketahui dengan memeriksa aliran air pada pili pembuangan. Jika aliran air tidak lancar atau tidak keluar sama sekali, keadaan itu menunjukkan paip radiator tersumbat.

Untuk membaikinya, buka pili air pada blok enjin sehingga air penyejuk dapat dikeluarkan. Buka tutup radiator dan cuci dengan air bersih selama kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan kerak atau karat itu. Kekotoran pada sirip radiator disebabkan daun kering, serangga atau lumpur yang melekat pada bahagian muka radiator akan menyebabkan aliran udara penyejuk akan terganggu hingga air menjadi panas.

Kekotoran pada permukaan itu boleh dibersihkan dengan menggunakan udara tekanan tinggi atau menyemburnya menggunakan air. Kekeliruan pada langkah pengendalian kenderaan turut menyebabkan enjin kenderaan menjadi panas. Walaupun enjin berada dalam keadaan baik tetapi apabila kenderaan sedang mendaki bukit atau membawa muatan berlebihan, ia boleh menjadi panas.

Enjin itu boleh disejukkan kembali dengan cara menghentikan kenderaan anda sebentar, membuka bonet, hidupkan enjin pada putaran tinggi atau isikan radiator dengan air sejuk.